Saya ingin berkongsi pengalaman saya siang tadi yang amat penting kepada semua. Perkara sebegini tidak seharusnya kita megambil ringan.
Tajuk perbualan saya malam ini ialah 'Sediakan Payung Sebelum Hujan'.
Seperti biasa, saya keluar untuk menghantar dua adik saudara saya ke kelas tambahan di Bedok Reservoir. Belum tua, sudah 'nyanyok' pula. Saya lupa membawa bersama payung.
Alhamdulillah, sewaktu menghantar mereka, cuaca amat baik. Sejurus menghantar mereka, saya keluar mengikut rancangan saya. Saya ke pejabat ibu saya yang terletak tidak jauh dari tempat belajar mereka, tempat pertukaran bas Eunos dan McDonald.
Setibanya saya di McDonald, hujan mula turun renyai renyai. Saya gelisah takut jika hujan turun dengan lebatnya.
Firasat saya benar, hujan turun dengan lebat. Saya terpaksa lari dengan beg plastik yang banyak daripada restoran itu ke perhentian bas. Basah kuyup saya dibuatnya.
Setibanya saya di perhentian bas tempat belajar dua adik saudara saya, saya cuba cari tempat perlindungan untuk melindungi saya daripada terkena hujan. Malangnya, tiada. Terpaksa saya lari ke tempat perlindungan yang paling terdekat iaitu flat rumah. Saya dikehendaki untuk melintasi lampu trafik. Sudahlah itu, trafik lambat! Bayangkan basah kuyupnya saya!
Saya bagaikan sedang merendamkan diri di dalam kolam renang!
Saya rasa, setakat ini sahaja cerita saya. Harap maklum atas kesalahan bahasa di dalam cerita ini. Saya hanya manusia biasa.